Latar belakang Sunrise (album DAY6)

Pada 8 Mei 2017, Park Jin-young (JYP) melalui laman Instagram beliau mengumumkan bahawa DAY6 akan melancarkan album penuh pertama mereka pada bulan Jun nanti.[9] Selepas beberapa minggu pengumuman itu dibuat, gambar acah ahli kumpulan DAY6 Sungjin, Jae dan Young K didedahkan di laman sosial mereka pada 30 Mei 2017,[10] diikuti pula dengan gambar acah ahli-ahli yang lain dan senarai runut lagu di dalam album.[11] Nama album dan tarikh pelancaran juga dinyatakan di dalam gambar-gambar tersebut.[10] Setelah itu, video-video acah setiap ahli didedahkan di saluran YouTube dan Naver TV JYP Entertainment, di mana runut utama album, "Sentiasa Ketawa" (반드시 웃는다) turut didedahkan bersama.[12] Di saluran yang sama itu juga, video acah runut utama dilancarkan pada 5 Jun 2017 sebelum video yang menampilkan sorotan pendek setiap lagu di dalam album Sunrise didedahkan keesokan harinya. Pada 7 Jun 2017, video muzik penuh "Sentiasa Ketawa" dilancarkan, bersama-sama dengan penjualan secara dalam talian dan versi fizikal album Sunrise.

Rujukan

WikiPedia: Sunrise (album DAY6) http://www.breaknews.com/sub_read.html?uid=511782&... http://hanteo.com/search/album_info.asp?mcode=0498... http://www.melon.com/album/detail.htm?albumId=1006... http://www.mnet.com/album/1996304 http://www.moonrok.com/day6-to-release-new-single-... http://entertain.naver.com/read?oid=468&aid=000027... http://music.naver.com/album/index.nhn?albumId=201... http://www.ollehmusic.com/#/AlbumDetail/f_Album_in... http://www.sedaily.com/NewsView/1OG4Y68NFS http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga...